digital marketing services Malaysia

Di MediaNovas, kami sedari bahawa tidak semua perniagaan adalah sama, oleh itulah kami pastikan setiap masalah dikaji dengan teliti dalam menyediakan penyelesaian yang khusus. Rancangan pemasaran komprehensif ini menghasilkan peningkatan trafik, pemerolehan pelanggan, dan pendapatan yang dapat diukur dengan mudah melalui analisis laporan berkala yang akan kami sediakan.
Beberapa perkhidmatan yang kami tawarkan adalah seperti berikut. Hubungi kami untuk dapatkan konsultasi hari ini.

Perkhidmatan SEO

Semakin ramai pengguna kini menggunakan enjin carian seperti Google untuk mencari produk dan perkhidmatan yang mereka inginkan. Oleh itu, jika anda peniaga di dalam talian, usaha dalam memastikan laman web anda muncul sebagai hasil carian yang tinggi perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Inilah di mana pakar SEO (search engine optimization) dapat membantu.

Pengurusan Sosial Media

Untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dengan berkesan, sememangnya pemasaran sosial media tidak dapat dielakkan. Sosial media telahpun menjadi salah satu platform utama bagi pelanggan dalam mendapatkan perkhidmatan dan produk yang diperlukan. Potensi sosial media dalam melonjakkan populariti adalah peluang yang luar biasa bagi mereka yang memilih untuk memanfaatkannya. Jangan ketinggalan!

Penulisan Kandungan

Penulisan kandungan yang mantap adalah satu cara di mana perniagaan dapat membina reputasi sebagai leader atau authority di dalam bidang atau industri masing-masing. Ia menyediakan suatu platform di mana perniagaan dapat meningkatkan publisiti dan kesedaran (awareness) serta kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan mereka. Dapatkan perkhidmatan penulisan kandungan daripada pakar content writer kami yang berpengalaman.

Pengurusan Reputasi Dalam Talian

Penulisan negatif terhadap sesuatu perniagaan boleh menjejaskan reputasi dan potensi perniagaan tersebut. Pakar pengurusan reputasi dalam talian kami di MediaNovas akan memantau semua enjin carian utama, untuk mengeluarkan apa-apa akhbar dan berita yang tidak diingini, dan menggunakan strategi etika yang telah terbukti untuk memastikan syarikat di pandang positif.

Pemasaran Pay Per Click

Pemasaran per per click (bayar per klik) adalah cara berkesan jika anda inginkan lonjakkan kadar trafik yang disasarkan ke laman web anda. Pemasaran pay per click adalah cara terpantas untuk mendapatkan keterlihatan dalam talian bagi perniagaan anda.

Reka Bentuk Web Responsif

Laman web juga memainkan peranan penting dalam strategi pemasaran keseluruhan sesebuah perniagaan. Team pereka web berbakat kami akan membina laman web khusus yang disesuaikan dan dipadankan dengan syarikat anda dan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan lancer dan professional.

Pemasaran E-mel dan Mobile

Pemasaran E-mel dan mobile merupakan komponen utama dalam meningkatkan keterlihatan dan kesedaran jenama (brand awareness) sesebuah syarikat. Untuk dijalankan dengan berkesan, mesej yang ingin disampaikan perlu jelas dan mengena pada sasarannya.

Perkhidmatan Pemulihan Penalti Google Dan Spam Pautan

Sekiranya anda mengalami penurunan dalam kedudukan ranking anda, anda mungkin menjadi salah satu daripada beribu-ribu orang yang terjejas oleh Google “Penguin”. Laman web yang telah dioptimumkan secara berlebihan, memiliki profil pautan yang tidak wajar, dan menggunakan teknik SEO yang kurang bersih telah menjadi sasaran Google “Penguin”. Pakar SEO kami yang berpengalaman dapat membantu pelanggan dalam proses pemulihan penalty Google serta spam pautan.

 

    Contact us

[contact-form-7 id=”2760″ title=”Contact us”]