Adwords And Pay Per Click Marketing Services Malaysia

Pemasaran Adwords dan Pay Per Click

Jika anda sedang mencari cara untuk meningkatkan keterlihatan laman web anda terutama terhadap golongan yang disasarkan, kempen Pay Per Click (PPC) yang efektif adalah cara yang terbaik bagi tujuan ini. Pemasaran internet Pay Per Click atau Bayar per Klik adalah cara terpantas untuk mendapatkan keterlihatan dalam talian bagi perniagaan anda seterusnya meningkatkan kadar trafik ke laman web anda.

Apa itu PPC?

Per pay Click adalah satu kaedah pemasaran dalam talian di mana pengiklan memilih kata kunci atau keyword yang akan menentukan kemunculan iklan mereka. Setiap kali pengguna klik pada iklan mereka yang muncul pada enjin carian, pengiklan akan dikenakan caj pengiklanan. Iklan ini muncul sebagai pautan ditaja di bahagian teratas juga di sebelah kanan halaman hasil carian Google.

Kelebihan PPC

Laman web yang baru selalunya akan mengambil masa yang lama untuk mula rank di dalam enjin carian secara organik dengan menggunakan SEO. Dengan pemasaran internet Pay Per Click anda boleh membina trafik dengan segera. Tetapi tanpa kaedah yang efektif, anda berisiko membazirkan beribu-ribu ringgit tanpa sebarang pulangan yang memuaskan.

MediaNovas menggunakan perisian proprietari untuk merancang, membina, mengukur, dan mengoptimumkan kempen PPC anda, supaya kami dapat meningkatkan jualan anda sambil mengekalkan kos.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemasaran Pay Per Click (PPC) tinggalkan mesej dan kami akan hubungi anda bagi sesi konsultasi.

 

    Contact us